Thursday, 9 April 2015

LEMBING vs TOMBAK

Lembing ialah sejenis senjata, yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala.

 Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing diperbuat daripada kayu lurus berukuran 6 kaki panjang dan dipasang dengan mata lembing seperti pisau di satu pangkal. Mata lembing ini dimasukkan ke dalam batang kayu dan diperkuatkan dengan ikatan rotan atau simpai logam. 

Lembing yang terdapat di Malaysia kebanyakan bermata tajam yang diperbuat daripada kayu atau buluh. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat samada daripada kuprum atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan di Malaysia semenjak berkurun dahulu. Kini lembing hanya digunakan untuk upacara rasmi dan istiadat diraja sahaja.


Perbezaan lembing dengan tombak adalah mata lembing adalah bermata lurus , tirus ( seperti rumput lembing sementara mata tombak berbentuk lebar dan berbilah . Contoh Tombak tampang , tombak berlok , tombak sangga , tombak bilah dan tombak rambu. 


Rajah 01: LEMBING



Rajah 02 : Mata Tombak




1 comment:

  1. Lagi satu bezanya, lembing (spear) agak pendek dan ringan dan boleh digunakan sebelah tangan, manakala tombak (pike) pula lebih panjang dan digunakan kedua belah tangan.

    ReplyDelete